Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

Aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru.
contoh aktiviti kelab/sukan permainan/Pasukan Badan Beruniform
Perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingan.

1. Mengisi masa lapang
2. Mebentuk disiplin diri
3. Melatih murid menjadi pemimpin dengan memegang jawatan
4. Mengukuhkan perpaduan
5. Menyihatkan tubuh badan dan daya tahan
6. Mengembangkan potensi murid dengan mewakili sekolah.

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu:
A. Unit Badan Beruniform B. Persatuan/Kelab C. Sukan/Permainan


RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM

1. Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah
2. Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat.
3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah, disamping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan berdikari

MATLAMAT GERAKERJA KOKURIKULUM

Memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meluputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM
Bagi mencapai matlamat tersebut, gerakerja kokurikulum bertujuan untuk membolehkan pelajar:-
1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi cabaran.
2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan
3. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif
4. Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat mengamalkan
dalam kehidupan seharian
5. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.

Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.

Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan.


Proses pembelajaran dan pengajaran dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung, di mana ia menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Pada tahun 60-an dan 70-an, masyarakat dan pendidik menganggap kokurikulum sebagai tempelan sahaja, sebagai sesuatu yang berasingan, tambahan dan tidak begitu penting dalam perkembangan dan proses pengajaran serta pembelajaran pelajar di sekolah. Walau bagaimanapun, pendapat itu telah berubah dan kini kokurikulum telah diterima. sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah.


Ulasan